CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 1, 2009

it's time

selepas apa yang telah berlaku baru-baru ini, aku sudah membuat keputusan.

mungkin ini yang terbaik untuk dia, dan terbaik untuk aku.

walaupun hanya terbaik untuk dia, aku tetap akan lakukan.

ya, aku sudah tekad.

bukan bermakna aku sudah berputus asa.

cuma aku pasti inilah sebaiknya.
__________

terima kasih, itu ucapan aku untuk dia.

buat seketika berkenalan dengan dia di Taylor's, aku rasakan diri aku hidup di kolej ni.

setiap hari yang aku lalui amat bermakna dengan kehadiran dia.

apa sahaja yang menghalang, aku tak peduli sebab ada dia.
__________

maafkan aku.

kerana harapan aku amat tinggi ditaruh pada kau.

kerana aku mengharapkan seseorang untuk menjadi kawan baik aku disini.

namun, hakikatnya aku ditakdirkan untuk keseorangan.

tidak mengapa, aku juga tidak ingin menyusahkan dia.

sekali lagi aku minta maaf.
__________

aku tidak pasti jika aku mampu bernafas seperti dulu.

atmosfera sudah tidak sama dengan kehilangan dia.

tapi, apakan daya.

dia sudah tidak mahu menerima aku semula, dan aku tidak boleh salahkan dia.

tidak mengapa sekiranya inilah balasan patut menimpa diri aku.
__________

sudah tiba masanya, untuk aku ucapkan selamat tinggal.

selamat tinggal pada kenangan dan harapan yang aku taruh.

kelihatan ia tidak akan menjadi realiti, dan mungkin ada hikmah disebaliknya.

walaubagaimanapun, aku akan sedia menerima dia semula, sekiranya dia sudah memaafkan aku dan sudi menerima aku semula.

0 feedbacks: