CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 29, 2009

kawan makan kawan?

aku yang salah.
aku yang mulakan, jadi semestinya aku yang salah.
betul2 aku menyesal, sampai aku tak tenang dan terus mengharapkan kemaafan.
aku gembira sebab kau suruh lupakan hal tu.
dan aku gembira sebab kita masih berkawan.

aku memang bersalah.
aku sudah pun mengaku berkali-kali, agar kau puas hati.
kau pun sudah menerima aku semula sebagai kawan.
dan aku gembira kerana menganggap diri aku sudah dimaafkan.

aku yang salah.
aku tahu aku tak sepatutnya buat sedemikian, tapi aku buat.
demi kau, aku bataskan tindakan aku, seperti yang kau suruh.
semuanya, supaya kau berasa puas.
dan supaya kau terima aku semula.
sebagai seorang kawan.

aku memang bersalah.
aku selalu menaruh harapan pada sesuatu yang kabur.
aku tak sedar kemarahan lampau kau tak akan lenyap.
masih kau berteman kebencian semasa kau bersama aku.
sedangkan kau senyap tanpa bangkitkan tentang hal dulu.
aku gembira kerana menganggap ia sudah selesai.

aku yang bersalah.
selepas berbulan-bulan kita berkawan, masih kau tidak mengenal aku.
pengorbanan aku selama ni masih tak cukup untuk buat kau lenyapkan kemarahan pada aku.
sedangkan aku sudah cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan kau.
aku bergadai masa, tenaga dan hubungan dengan 'housemates' sebab kau.
kerana aku yakin, kau lah yang boleh aku bergantung harap.

aku memang bersalah.
masih tak dapat hilangkan kemarahan kau.
kerana kesilapan aku masa dulu, kau masih membenci aku.
sedangkan aku lihat senyuman kau masa kau bersama aku selepas itu.
oleh sebab itu, aku andaikan yang kau sudah maafkan aku.

aku yang bersalah.
kesilapan aku buat kau panggil aku sebagai seorang 'kawan yang makan kawan'.
selepas ketika kita bersama tanpa masalah, kau bangitkan hal dulu.
kau cuma harap aku lupakan hal tu, tapi rupanya kau tak beritahu yang kau masih membenci aku.
sedangkan jelas kelihatan, kau sudah menerima aku.

aku memang bersalah.
aku yang bersalah.
jika aku memohon kemaafan 1000 kali sekalipun, aku tahu kau tak akan maafkan.
tapi aku nak kau fikirkan kembali, selama aku bersama kau, kau pastikah aku orang yang sedemikian?

*penulis sedang berkabung atas kehilangan seorang kawan yang sangat dia hargai. jika ternampak wajah kurang mesra menyapa kamu, penulis memohon maaf...

0 feedbacks: