CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 6, 2009

akhirnya...

malam ni, seakan aku dapat rasakan bahawa pintu hati aku sudah tertutup. tiada lagi janji2 yang akan aku harapkan, tiada lagi harapan yang akan buatkan aku terus dan terus terluka. aku sudah pun putuskan, dan inilah yang AKAN aku lakukan.

aku yakin ini yang terbaik untuk aku, dan dia. walaupun hanya terbaik untuk dia, tetap akan aku lakukan. bercakap tentang masa depan, aku sendiri tidak ada idea. bagaimana aku akan teruskan kehidupan? aku hanya percaya pada apa yang aku alami, dan rasai sekarang. tanpa sebarang petunjuk, aku akan mara.

atmosfera sudah tidak seperti dulu, dan aku tahu aku tidak akan dapat alaminya sekali lagi. oleh sebab itu, aku mahu putus asa, mahu lupakan semuanya, semua yang mampu mengingatkan kembali masa2 dulu. jujur aku sudah penat, dan aku sudah cukup berpuas hati dengan hidup aku sekarang. tiada apa yang boleh diperbaiki lagi, hanya teruskan kehidupan yang baru dengan nafas yang baru.

dengan itu, aku sudah memilih untuk teruskan kehidupan aku, sendirian. kepada kau, aku harap masing2 anggaplah yang kita tidak pernah kenal antara satu sama lain. dah bermacam-macam kita alami, kita nilailah sendiri. ini keputusan aku, jika kau bermasalah, cuba fikir yang ini adalah yang terbaik untuk kita.

sekian.

(danial ariff)

0 feedbacks: