pernah atau tidak kamu semua terfikir sama ada sahabat sejati muncul hanya sekali dalam hidup kita? saya bukan sekadar terfikir, malah saya yakin, dan percaya bahawa kenyataan ini adalah benar dan sah. walaupun umur saya sekadar setahun jagung, masih belum mengenal dan buta tentang erti kehidupan sebenar, namun pengalaman selama 18 tahun inliah yang membuatkan saya tersedar, "ah, memang betul kenyataan ini".
hanya muncul sekali dalam kehidupan kita, sudah tentu kerana dia adalah orang yang teristimewa yang pernah berdampingan dengan kita, berkongsi suka dan duka, menitiskan air mata bersama, gelak dan ketawa bersama, berkongsi masalah dan pengalaman manis bersama, semua ini membuatkan kita berasa bahagia kerana bertemu dangannya. tapi apa yang membuatkan saya terfikir begitu adalah, selama 18 tahun saya berada di bumi Allah ini, hanya sekali saya dapat merasakan erti persahabatan yang sejati. tatkala kita sedih, pasti ada yang memberi sokongan dan dorongan, apabila kita menitiskan air mata, ada sahaja yang sudi mencemarkan jari-jari mereka untuk mengesat air mata yang mengalir di pipi kita, dan tatkala kita berjaya dan gembira atas kejayaan itu, pasti sahaja orang itu bagaikan orang yang paling gembira didunia, kerana melihat kita gembira dan berjaya. pernahkah anda mengalami semua ini selama kehidupan anda di dunia ini? bukan untuk menyalahi takdir yang sudah semestinya ditangan yang Esa, namun realitinya, pengalaman inilah yang membuatkan saya sentiasa kuat apabila mengenangkannya.
dan inilah yang saya alami disaat saya mencoretkan semua ini. sebak apabila memikirkan kembali, dan sedar akan ketiadaan dia yang suatu ketika dulu pernah menjadi penghibur tidak kira di waktu duka atau suka. hakikatnya, saya disini, bagaikan seorang pedagang, yang melayarkan bahteranya, namun sayang kerana tiada anak kapal yang menjadi teman bersuka ria tika di tengah lautan.
namun hakikatnya pada hari ini, sahabat yang pernah berada disisi, sudah jauh dimata, akan tetapi, kenangan dan pengalaman ketika bersama dengan dia tidak akan saya lupakan, selama-lamanya...
Friday, October 24, 2008
sahabat sejati
written by dAnIaL aRifF at 2:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 feedbacks:
Post a Comment